Notis Privasi

1.0 Umum

1.1 Di Affin Hwang Asset Management Berhad (“Affin Hwang Asset Management”), kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda dalam pematuhan undang-undang di Malaysia.

1.2 Affin Hwang Asset Management hanya akan mengumpul dan menggunakan maklumat peribadi anda selaras undang-undang (termasuk Akta Perlindungan Data Peribadi 2010), Notis Privasi ini dan/atau terma privasi dalam apa-apa perjanjian(-perjanjian) yang anda mungkin telah atau akan masuki dengan Affin Hwang Asset Management.

1.3 Notis Privasi ini menerangkan:

a. Apa jenis maklumat peribadi yang kami kumpul dan bagaimana kami mengumpulnya;
b. Bagaimana kami menggunakan maklumat peribadi anda;
c. Pihak-pihak yang kami dedahkan dengan maklumat peribadi;
d. Pilihan-pilihan yang kami tawarkan, termasuk bagaimana mengakses dan mengemaskini maklumat peribadi anda.

1.4 Untuk tujuan-tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

a. “Kumpulan Affin Hwang” merujuk kepada Affin Hwang Asset Management, pemegang-pemegang saham, anak-anak syarikat, syarikat induk, syarikat-syarikat berkaitan atau sekutu kami (terma “syarikat- syarikat berkaitan” atau “sekutu” adalah ditakrifkan dalam Akta Syarikat 2016 dan Piawaian Perakaunan Malaysia masing-masing atau perundangan bidang kuasa luar negara yang setara) Affin Hwang Asset Management di Malaysia atau di luar negara.

b. “Maklumat Peribadi” merujuk kepada maklumat yang berkaitan secara terus atau tidak terus kepada anda (untuk individu) dan/atau individu yang relevan dalam organisasi (untuk syarikat) dan/atau transaksi- transaksi anda dengan kami. Maklumat ini termasuk nama, alamat, pekerjaan, butir-butir hubungi, maklumat kewangan, butir-butir akaun, jenis produk-produk dan/atau perkhidmatan- perkhidmatan yang dilanggan dan maklumat lain yang diperlukan berkenaan dengan anda, individu- individu yang relevan dalam organisasi dan/atau transaksi-transaksi anda bersama kami. Untuk mengelakkan kekeliruan, sila ambil perhatian bahawa Notis Privasi ini adalah merujuk kepada maklumat peribadi seseorang individu.

1.5 Dengan membekalkan kepada kami maklumat peribadi anda, anda bersetuju kepada pemprosesan maklumat peribadi anda selaras dengan Notis Privasi ini.

1.6 Sekiranya anda adalah korporasi yang membekalkan maklumat peribadi pengarah-pengarah, pemegang- pemegang saham dan/atau pegawai-pegawai kepada kami, sila pastikan bahawa anda mendapatkan persetujuan mereka dan bawakan Notis Privasi ini kepada perhatian pengarah-pengarah, pemegang-pemegang saham dan/atau pegawai-pegawai yang mana maklumat peribadi mereka yang anda bekalkan atau telah bekalkan kepada kami

2.0 Apa Jenis Maklumat Peribadi Yang Kami Kumpul dan Bagaimana Kami Mengumpulnya

2.1 Untuk membolehkan kami untuk menguruskan pertanyaan-pertanyaan anda, membuka dan mengendalikan sesuatu akaun/kemudahan untuk anda dan/atau untuk membekalkan kepada anda produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kami secara umum, kami mungkin perlu dan/atau mungkin dikehendaki untuk mengumpul, mengguna, mendedah dan menyimpan (iaitu “memproses”) maklumat peribadi dan maklumat kewangan mengenai anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada:

a. maklumat peribadi untuk membentuk identifikasi peribadi dan latar belakang anda;
b. maklumat peribadi untuk membentuk kedudukan kewangan dan kepercayaan kredit (sekiranya dikehendaki); dan/atau
c. maklumat peribadi yang anda bekalkan semasa anda memohon untuk apa-apa produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kami.

2.2 Kami mungkin mendapatkan maklumat ini daripada anda dan sumber-sumber lain, termasuk tetapi tidak terhad kepada:

a. melalui perhubungan anda bersama kami, sebagai contoh maklumat yang anda bekalkan dalam borang- borang permohonan, semasa anda menggunakan produk-produk atau perkhidmatan-perkhidmatan, semasa mengambil bahagian dalam kajian-kajian pelanggan, peraduan-peraduan dan promosi-promosi, dan semasa pengajian semula kewangan;
b. melalui komunikasi lisan dan bertulis dengan kami dan/atau agen yang diberikuasa;
c. daripada pihak-pihak ketiga berkaitan dengan anda, seperti majikan-majikan, pemegang-pemegang akaun bersama, wakil-wakil;
d. daripada penganalisaan cara anda menggunakan dan mengendalikan akaun(-akaun)/pelaburan(- pelaburan) anda bersama kami, daripada transaksi-transaksi yang anda buat dan daripada bayaran- bayaran yang dibuat kepada/daripada akaun(-akaun)/pelaburan(-pelaburan) anda;
e. domain awam;
f. Biro Kredit Bank Negara, agensi-agensi pelaporan kredit, pengawal-pengawal selia dan agensi-agensi kerajaan; dan/atau
g. daripada sumber-sumber lain berkenaan dengan mana yang anda telah memberikan persetujuan untuk mendedahkan maklumat berkaitan dengan anda dan/atau yang mana adalah tidak terbatas.

3.0 Bagaimana Kami Menggunakan Maklumat Peribadi Anda

3.1 Kami boleh menggunakan maklumat peribadi anda untuk satu atau lebih daripada tujuan-tujuan berikut:

a. untuk menilaikan permohonan(-permohonan) anda untuk produk-produk atau perkhidmatan-perkhidmatan kami;
b. untuk menguruskan dan mengekalkan akaun(-akaun) anda dan kemudahan(-kemudahan) bersama kami;
c. untuk menguruskan perniagaan dan hubungan anda bersama kami;
d. untuk mengetahui lebih mendalam keperluan-keperluan pelaburan kini dan kemudian anda dan situasi kewangan anda;
e. untuk membekalkan kepada anda maklumat mengenai dan/atau untuk memasarkan produk-produk, perkhidmatan-perkhidmatan dan tawaran-tawaran Kumpulan Affin Hwang yang mungkin menarik kepada anda;
f. untuk meningkatkan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kami dan membentuk produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan baru;
g. untuk memberitahu anda berkenaan dengan manfaat-manfaat dan perubahan-perubahan kepada ciri-ciri produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan;
h. untuk mengendalikan tawaran-tawaran, peraduan-peraduan dan promosi-promosi;
i. untuk menjalankan kajian-kajian berkenaan dengan hubungan anda bersama kami atau produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kini/kemudian kami;
j. untuk membalas pertanyaan-pertanyaan dan aduan-aduan anda;
k. untuk mengemaskini, menggabungkan dan meningkat ketepatan rekod-rekod kami;
l. untuk menghasilkan data, laporan-laporan dan statistik-statistik yang tiada nama (anonymised) atau teragregat dengan cara yang tidak mengenalpasti anda sebagai seorang individu;
m. untuk menjalankan kajian untuk tujuan-tujuan analitik termasuk tetapi tidak terhad kepada perlombongan data (data mining) dan analisa transaksi anda bersama kami;
n. untuk mengikut keperluan-keperluan pengemukaan undang-undang atau perjanjian terikat ke atas Kumpulan Affin Hwang;
o. untuk tujuan-tujuan audit, pematuhan dan pengurusan risiko;
p. untuk menilaikan risiko-risiko kewangan dan insurans;
q. untuk memindahkan hak-hak dan kewajipan-kewajipan di bawah apa-apa perjanjian(-perjanjian) dengan anda;
r. untuk melindungi atau melaksanakan hak-hak kami untuk menuntut balik hutang yang tertunggak kepada kami;
s. untuk menjalankan semakan-semakan pencegahan penggubahan wang haram;
t. untuk pengesanan jenayah, pencegahan dan pendakwaan;
u. untuk tujuan-tujuan lain yang dikehendaki atau dibenarkan oleh apa-apa undang-undang, peraturan-peraturan dan/atau garis-garis panduan; dan/atau
v. untuk tujuan-tujuan lain yang sampingan atau lanjutan daripada tujuan-tujuan di atas.

3.2 Kami akan meminta persetujuan anda sebelum menggunakan makumat peribadi anda untuk tujuan melainkan yang disenaraikan dalam Notis Privasi ini dan terma privasi perjanjian anda bersama Affin Hwang Asset Management.

4.0 Pendedahan Maklumat Peribadi Anda

4.1 Semasa pembekalan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kami kepada anda dan pengurusan dan/atau pengendalian yang sama, kami mungkin mendedahkan maklumat peribadi anda (kepada tahap yang diperlukan) kepada pihak-pihak ketiga berikut:

a. Kumpulan Affin Hwang termasuk pengarah-pengarah, pegawai-pegawai dan wakil-wakil penjual;
b. syarikat-syarikat dan/atau organisasi-organisasi yang bertindak sebagai agen-agen dan/atau penasihat-penasihat professional;
c. syarikat-syarikat dan/atau organisasi-organisasi (termasuk tetapi tidak terhad kepada kustodian, pemegang amanah, pengedar, broker) yang membantu kami  dalam  pemprosesan  dan/atau  memenuhi transaksi-transaksi yang anda minta;
d. syarikat-syarikat dan/atau organisasi-organisasi yang membantu kami untuk membekalkan perkhidmatan-perkhidmatan tambahan nilai yang anda minta;
e. penasihat-penasihat Affin Hwang Asset Management (termasuk tetapi tidak terhad kepada akauntan-akauntan, juruaudit-juruaudit, peguam-peguam, penasihat-penasihat kewangan, konsultan-konsultan atau penasihat-penasihat professional lain);
f. saudagar-saudagar dan rakan-rakan strategik Affin Hwang Asset Management;
g. siapa-siapa yang dimaklumkan oleh anda sebagai pihak yang diberikuasa untuk memberi arahan-arahan atau mengguna akaun(-akaun)/pelaburan(-pelaburan) atau produk-produk atau perkhidmatan-perkhidmatan bagi pihak anda;
h. mana-mana pihak ketiga akibat pengstrukturan semula kemudahan-kemudahan yang diperuntukkan kepada anda atau jualan hutang-hutang, atau pengambilalihan atau jualan apa-apa syarikat oleh Affin Hwang Asset Management;
i. mana-mana agensi penilaian / rujukan;
j. mana-mana institusi-institusi kewangan, saudagar-saudagar, penanggung-penanggung insurans, broker-broker insurans atau pembekal-pembekal perlindungan kredit terus atau tidak terus;
k. mana-mana orang yang berkait dengan pelaksanaan atau perlindungan apa-apa hak kami di bawah perjanjian(-perjanjian) anda dengan kami;
l. mana-mana pembekal pihak ketiga, agen atau kontraktor yang telah dilantik oleh kami untuk membekalkan perkhidmatan-perkhidmatan kepada kami sama ada di dalam atau di luar Malaysia tertakluk kepada pengawalan-pengawalan sekuriti maklumat yang mencukupi;
m. badan-badan kawal selia seperti Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti, Bursa Malaysia Securities Berhad, gedung penjelasan dan badan kawal selia yang lain yang mempunyai penyeliaan ke atas kami atau aktiviti-aktiviti kami;
n. apa-apa pihak yang mana pendedahan adalah dikehendaki oleh undang-undang atau keperluan penyeliaan atau selaras dengan perintah Mahkamah.

pada semua masa tertakluk kepada undang-undang (termasuk peraturan-peraturan, garis-garis panduan dan/atau kewajipan-kewajipan) yang merujuk kepada Affin Hwang Asset Management (sama ada di dalam atau di luar Malaysia).

4.2 Kami akan menganggap maklumat peribadi anda sebagai peribadi dan sulit dan tidak akan mendedahkan maklumat kepada siapa-siapa di luar Kumpulan Affin Hwang kecuali:

a. di mana anda berikan kebenaran dan/atau persetujuan;
b. di mana kami dikehendaki atau dibenarkan untuk membuat demikian di bawah undang-undang;
c. di mana dikehendaki atau dibenarkan oleh perintah Mahkamah;
d. di mana kami memindahkan hak-hak dan kewajipan-kewajipan di bawah perjanjian; dan/atau
e. di mana kami dikehendaki untuk memenuhi kewajipan-kewajipan kami kepada penguasa peraturan yang relevan (contohnya Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti, Bursa Malaysia Securities Berhad) dan/atau di bawah suatu perjanjian.

5.0 Pendedahan untuk Tujuan Pemasaran dan Aktiviti Promosi Lain

5.1 Selain itu, entiti dalam Kumpulan Affin Hwang mungkin menghubungi anda mengenai produk, perkhidmatan dan tawaran, yang kami percaya menarik kepada anda atau memberi manfaat kewangan kepada anda.

5.2 Anda boleh memberitahu kami pada bila-bila masa jika anda tidak mahu menerima komunikasi pemasaran daripada kami atau daripada mana-mana entiti dalam Kumpulan Affin Hwang dengan memberitahu pegawai cawangan atau pegawai relevan yang mengendalikan akaun/fasiliti. Arahan bertulis terbaru anda kepada kami akan diguna pakai.

5.3 Sila ambil perhatian bahawa komunikasi tertentu seperti penyata akaun dan laman web kami mengandungi maklumat lazim yang berkaitan dengan produk dan perkhidmatan yang tidak boleh dikeluarkan tanpa menjejaskan penhantaran/penyediaan perkhidmatan dan/atau produk kami, pengendalian akaun dan/atau fasiliti anda dengan kami, dan/atau bayaran tambahan kepada anda.

5.4 Berkenaan pedagang dan rakan kongsi strategik kami, kami hanya akan mendedahkan maklumat peribadi anda (yang tidak termasuk maklumat yang berhubungan dengan akaun anda) kepada pedagang dan rakan kongsi strategik di mana persetujuan nyata anda diterima oleh kami dengan mengisi borang persetujuan yang disediakan di semua cawangan kami, dan tertakluk pada setiap masa kepada mana-mana undang-undang (termasuk peraturan-peraturan, garis panduan dan/atau kewajipan) berkaitan dengan Kumpulan Affin Hwang.

6.0 Sekuriti Maklumat Peribadi Anda

6.1 Maklumat anda adalah aset kami dan oleh itu Affin Hwang Asset Management memberikan kepentingan tinggi untuk memastikan sekuriti maklumat peribadi anda. Kami dari masa ke semasa menyemak semula dan melaksanakan langkah keselamatan teknikal dan organisasi yang terkini semasa memproses maklumat peribadi anda.

6.2 Pekerja-pekerja Affin Hwang Asset Management adalah dilatih untuk mengendalikan maklumat peribadi dengan selamat dan dengan kesulitan yang ketat, di mana kegagalan membuat demikian mereka akan tertakluk kepada tindakan disiplin.

6.3 Kami juga mengenakan pematuhan Notis Privasi ini ke atas agen-agen, pembekal-pembekal perkhidmatan pihak ketiga, konsultan-konsultan dan penasihat-penasihat professional kami. Ini adalah untuk memastikan bahawa maklumat peribadi anda dijaga daripada kehilangan, penyalahgunaan, perubahan, pendedahan atau kemusnahan tanpa kebenaran dan tidak sengaja.

7.0 Pengekalan Maklumat Peribadi

7.1 Affin Hwang Asset Management akan mengekalkan maklumat peribadi anda dalam pematuhan Notis Privasi ini dan/atau terma-terma dan syarat-syarat dalam perjanjian(-perjanjian) anda bersama Affin Hwang Asset Management:

a. untuk tempoh perhubungan anda bersama kami;
b. untuk tempoh yang mana ia adalah diperlukan untuk melindungi kepentingan-kepentingan Affin Hwang Asset Management dan/atau pelanggan-pelanggan walaupun perhubungan anda bersama kami telah ditamatkan;
c. apabila dikehendaki oleh undang-undang; dan/atau
d. apabila dikehendaki oleh dasar-dasar Affin Hwang Asset Management yang relevan.

8.0 Apakah Sekiranya Maklumat Yang Dibekalkan Oleh Anda Tidak Lengkap?

8.1 Apabila dinyatakan, ia adalah wajib untuk anda membekalkan maklumat peribadi anda kepada kami untuk membolehkan kami memproses permohonan anda untuk produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kami. Sekiranya anda menolak untuk membekalkan maklumat peribadi yang wajib diberikan, kami mungkin tidak dapat memproses permohonan/permintaan anda atau membekalkan atau terus membekalkan anda dengan produk- produk atau perkhidmatan-perkhidmatan kami.

9.0 Hak Anda Untuk Mengakses dan Membetulkan Maklumat Peribadi Anda

Kami akan membantu anda untuk mengakses dan membetulkan maklumat peribadi anda yang dibekalkan kepada kami.

9.1 Mengakses Maklumat Peribadi Anda

  • Anda boleh mengakses maklumat peribadi anda dalam milikan Affin Hwang Asset Management dengan membuat suatu permintaan bertulis kepada pegawai yang mengendalikan akaun dan/atau pegawai kaunter hadapan, tertakluk kepada bayaran fi pemprosesan yang relevan. Kami akan menggunakan segala usaha yang munasabah untuk membekalkan kepada anda sesalinan maklumat peribadi yang diminta dalam masa 21 hari daripada penerimaan permintaan anda yang lengkap dan fi pemprosesan.
  • Sila ambil perhatian bahawa Affin Hwang Asset Management mungkin perlu menahan maklumat peribadi anda dalam keadaan yang tertentu, sebagai contoh apabila kami tidak dapat mengesahkan identiti anda atau di mana maklumat yang diminta adalah suatu sifat perdagangan yang sulit atau dalam keadaan di mana kami menerima permintaan berulang-ulang untuk maklumat yang sama. Walau bagaimanapun, kami akan memaklumkan anda sebab mengapa kami tidak dapat memenuhi permintaan anda.

9.2 Membetulkan / Mengemaskini Maklumat Peribadi Anda

  • Di mana maklumat peribadi yang dipegang oleh kami adalah tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau apabila relevan, bukan terkini, anda boleh membuat permintaan untuk membetulkan maklumat peribadi anda tersebut.
  • Anda juga boleh membantu kami untuk mengekalkan maklumat peribadi anda (seperti alamat surat-menyurat semasa anda) terkini, untuk membolehkan kami berkhidmat untuk anda dengan lebih baik.
  • Kami akan menggunakan segala usaha yang munasabah untuk mematuhi permintaan anda untuk membetulkan / mengemaskini maklumat peribadi anda dalam masa 21 hari daripada penerimaan permintaan bertulis anda.
  • Sila ambil perhatian bahawa Affin Hwang Asset Management mempunyai budi bicara sama ada untuk membenarkan permintaan pembetulan / pengemaskinian anda atau boleh meminta keterangan dokumen lanjut berkenaan dengan maklumat baru tersebut untuk mengelakkan fraud dan ketidaktepatan.

9.3 Pelaksanaan Pilihan-Pilihan Anda Berkenaan Dengan Pendedahan dan Penggunaan Maklumat Peribadi Anda

Tertakluk kepada hak-hak dan kewajipan-kewajipan perjanjian kami di bawah undang-undang dan peraturan- peraturan yang relevan, anda boleh melaksanakan pilihan anda berkenaan dengan pendedahan, pengekalan dan penggunaan maklumat peribadi anda. Sekiranya anda ingin membuat demikian, sila hubungi pegawai yang relevan yang mengendalikan akaun atau menangani pertanyaan-pertanyaan atau aduan-aduan anda kepada Pegawai Privasi kami yang mana butir-butir adalah diberikan dalam klausa 9.4 di bawah.

Sekiranya anda tidak ingin menerima bahan-bahan pemasaran/pengiklanan/promosi daripada kami, anda mempunyai hak untuk meminta kami untuk berhenti menghubungi anda atau menghantar bahan-bahan pemasaran/pengiklanan/promosi. Permintaan demikian boleh dibuat melalui emel kepada orang hubungan yang dilantik di bawah.

9.4 Pertanyaan-pertanyaan atau Aduan-aduan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, kerisauan atau aduan berkenaan dengan Notis Privasi ini atau bagaimana kami menguruskan maklumat peribadi anda, sila hubungi kami di:

Orang Hubungan yang Dilantik Pegawai Privasi
Alamat Surat-Menyurat Tingkat Bawah, Menara Boustead, 69, Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur.
Tel No. / Fax No. +603-21166000
Alamat Emel privacyofficer@affinhwangam.com

10.0 Penyemakan Semula Notis Privasi

10.1 Notis Privasi kami mungkin disemak semula dari masa ke semasa. Apabila Notis Privasi ini disemak semula, Notis Privasi yang disemak semula tersebut akan dipaparkan pada laman  web  kami  affinhwangam.com  dan/atau dimaklumkan kepada anda melalui cara komunikasi yang lain yang dianggap sesuai oleh kami.  Sekiranya anda terus menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan/produk-produk kami, anda akan dianggap telah bersetuju kepada perubahan tersebut.