Tarikh Pelancaran 10 Ogos 2010

Kelas
Aset

Aset Bercampur

Maksimum 90% Ekuiti

Maksimum 90% Pendapatan Tetap

Saiz Dana pada
29 Mac 2019

RM 65.1 juta

Nilai Asset Bersih pada

RM

Pelaburan Awal Minimum Pelaburan Tambahan Minimum
RM200 RM100

Dana dirangka untuk mencapai peningkatan modal dalam jangka pertengahan hingga panjang dan melindung nilai daripada keadaan pasaran kurang baik dengan membolehkan pelabur mengambil kesempatan daripada prospek pertumbuhan pasaran Malaysia dengan menggunakan kaedah peruntukan aset taktikal. Pelaburan akan diperuntukkan secara taktikal ke dalam pasaran ekuiti dan aset berisiko lebih rendah untuk mengekalkan potensi peluang pertumbuhan di pasaran domestik dalam suasana pasaran semasa.

Dana akan melabur dalam portfolio ekuiti dan instrumen berkaitan ekuiti yang terpelbagai, dan instrumen pendapatan tetap. Pelaburan Dana dalam pelbagai kelas aset dalam julat antara 10% hingga 90% daripada NAB Dana.

Pengurus boleh melabur dalam skim pelaburan kolektif yang mempunyai objektif pelaburan sama dengan objektif pelaburan Dana. Untuk mencapai matlamatnya, Dana juga akan mempertimbangkan pelaburan dalam instrumen berkaitan ekuiti seperti terbitan hak dan waran, dan juga sekuriti tidak tersenarai seperti bon tidak tersenarai, dan Tawaran Awam Awal (IPO). Dana juga boleh melabur sehingga 20% daripada NAB di negara-negara di mana pihak berkuasa kawal selia merupakan ahli biasa atau ahli sekutu Pertubuhan Suruhanjaya Sekuriti Antarabangsa IOSCO).

Dana berusaha mencapai matlamatnya untuk memberi pelabur pendedahan kepada pasaran ekuiti. Bagaimanapun, Dana boleh meningkatkan pendedahan kepada instrumen pendapatan tetap sehingga maksimum 30% sekiranya Pengurus mendapati pasaran ekuiti terlalu tidak stabil. Instrumen pendapatan tetap lazimnya mempunyai risiko lebih rendah berbanding ekuiti, justeru peningkatan pelaburan dalam instrumen pendapatan tetap dilakukan dengan matlamat untuk mengurangkan profil risiko Dana.

Pengurus boleh mengambil kedudukan bertahan sementara yang tidak konsisten dengan strategi utama dana dengan meningkatkan tahap tunai atau menambah peruntukan aset Dana dengan meningkatkan peratus pelaburan dalam instrumen pendapatan tetap, untuk cuba bertindak balas kepada keadaan negatif yang mungkin menjejaskan pasaran kewangan.

Dari segi dasar perdagangan Dana, Pengurus akan mengekalkan pegangan teras Dana, dengan matlamat memegangnya untuk jangka pertengahan hingga panjang. Kaedah ini sama dengan pendekatan beli dan pegang. Dalam pada itu, Pengurus juga boleh mengambil kesempatan daripada keadaan pasaran semasa untuk memperdagangkan sekuriti apabila timbul peluang untuk membantu dana mencapai objektifnya.

**Maklumat dana di atas adalah terjemahan daripada Prospektus versi Bahasa Inggeris. Jika terdapat sebarang perbezaan kandungan, Prospektus versi Bahasa Inggeris dianggap muktamad.

Caj Jualan Seunit Sehingga 5.50% daripada NAB Seunit Dana.
*Pelabur boleh merundingkan caj lebih rendah.
Caj Jualan bagi pelabur yang membeli Unit menerusi EMIS adalah terhad kepada caj maksimum 3% daripada NAB Seunit atau seperti yang ditentukan oleh KWSP.
Yuran Pengurusan
Tahunan
Sehingga 1.50% setahun daripada NAB Dana.
Yuran Pemegang
Amanah / Yuran
Penyimpan
Sehingga 0.08% setahun daripada NAB Dana, tertakluk kepada minimum RM18,000 setahun (tidak termasuk yuran dan caj penyimpan asing).
Yuran Pindahan RM 5.00 setiap pindahan
Yuran Pertukaran Tiada
Yuran Prestasi
dan Nilai Rintangan
Tidak Berkenaan
Caj Belian Balik Tiada
Prospektus Dana Affin Hwang Tactical
Risalah Maklumat Dana Affin Hwang Tactical
Risalah Fakta Dana Affin Hwang Tactical
Laporan Interim Dana Affin Hwang Tactical
Laporan Tahunan Dana Affin Hwang Tactical

Tarikh Pelancaran 10 Ogos 2010

Kelas
Aset

Aset Bercampur

Maksimum 90% Ekuiti

Maksimum 90% Pendapatan Tetap

Saiz Dana pada
29 Mac 2019

RM 65.1 juta

Nilai Asset Bersih pada

RM

Pelaburan Awal
Minimum
RM200
Pelaburan Tambahan
Minimum
RM100