Tarikh Pelancaran 8 Disember 2014

Kelas
Aset

Ekuiti

Minimum 70% Ekuiti
Maksimum 30% Pendapatan Tetap

Saiz Dana pada
29 Mac 2019

RM 65.1 juta

Nilai Asset Bersih pada

RM

Pelaburan Awal Minimum Pelaburan Tambahan Minimum
RM200 RM100

Untuk mencapai objektifnya, Dana akan melabur dalam portfolio yang terdiri daripada minimum 70% NAB dalam ekuiti, manakala bakinya akan dilaburkan dalam instrumen pendapatan tetap.

Proses pemilihan pelaburan termasuk penilaian syarikat membayar dividen yang mampu menyediakan aliran pendapatan berkala kepada Dana. Justeru, kami menggunakan strategi pendekatan bawah ke atas di mana analisis setiap saham membentuk kaedah asas bagi pembinaan portfolio dan pemilihan saham. Dana memberi tumpuan kepada sektor yang membayar dividen lebih tinggi dengan aliran tunai lebih kukuh berbanding pasaran secara umumnya. Contohnya termasuk syarikat utiliti. Pada masa yang sama Dana juga akan mempertimbangkan saham-saham dengan hasil dividen lebih rendah, dengan potensi meningkatkan dividen untuk mencapai pertumbuhan modal di samping hasil pulangan dividen atas dasar pulangan keseluruhan. Faktor penting yang berguna untuk mengenal pasti syarikat-syarikat tersebut termasuk pertumbuhan jualan dan keuntungan, kekuatan kewangan dan tahap hutang, perbelanjaan modal dan juga komitmen pengurusan untuk memberi ganjaran kepada pemegang saham menerusi dividen atau pembayaran balik modal. Dividen yang disediakan oleh syarikat-syarikat ini menjadi sumber pendapatan utama yang membolehkan Dana mengisytiharkan pengagihan dividen kepada anda.

Walaupun kami lazimnya menggunakan dasar perdagangan aktif, kami mengekalkan pelaburan teras yang dipegang untuk jangka masa pertengahan hingga panjang. Kaedah ini adalah sama seperti strategi beli dan pegang. Kami juga mengekalkan bahagian perdagangan portfolio, yang kami gunakan untuk mengambil kesempatan daripada saham yang berpotensi naik dalam keadaan pasaran semasa, dengan matlamat meningkatkan prestasi Dana.

Dana bercadang menggunakan pendekatan dua peringkat, iaitu sebahagian daripada pelaburan Dana akan ditumpukan kepada ekuiti stabil dengan pulangan dividen tinggi, dan bahagian lain akan dilaburkan dalam “peneraju dividen berikutnya”. Ini merupakan ekuiti yang pada pendapat kami, berpotensi membayar dividen lebih tinggi atau meningkatkan bayaran dividen dengan ketara dalam jangka pertengahan. Langkah menentukan perkadaran antara dua bahagian itu bergantung pada keadaan semasa di pasaran, dan berdasarkan objektif Dana untuk menghasilkan pendapatan berkala dan pertumbuhan modal dalam jangka pertengahan hingga panjang. Bagaimanapun, oleh kerana objektif utama Dana adalah menghasilkan pendapatan berkala, terdapat kecenderungan umum untuk memegang ekuiti dengan pulangan dividen lebih tinggi. Walaupun pegangan teras Dana adalah dalam ekuiti, Dana mempunyai pilihan untuk melabur dalam instrumen pendapatan tetap seperti debentur, instrumen pasaran wang dan deposit. Pemilihan instrumen pendaptan tetap bergantung sebahagian besarnya pada kualiti kredit di mana pengeluarnya mempunyai keupayaan kukuh untuk memenuhi kewajipan kewangan masing-masing, dengan aliran tunai mantap, jenis dan nilai cagaran yang sesuai, keutamaan tuntutan dan tahap keselamatan lebih tinggi untuk membuat bayaran faedah dan wang pokok tepat pada masanya.

Untuk mencapai objektifnya, Dana juga mempunyai fleksibiliti untuk melabur dalam waran dan juga skim pelaburan bersama yang mempunyai objektif pelaburan sama seperti Dana.

Dana akan melabur di negara-negara Asia Pasifik (tidak termasuk Jepun) di mana pihak berkuasa kawal selia merupakan ahli biasa atau bersekutu IOSCO. Dana juga boleh memilih untuk melabur dalam syarikat-syarikat berdomisil dan/atau tersenarai di luar pasaran Asia Pasifik (tidak termasuk Jepun). Memandangkan Dana tetap memberi tumpuan terutamanya pada peluang pelaburan di kawasan Asia Pasifik (tidak termasuk Jepun), pelaburan dalam pasaran global di luar Asia Pasifik (tidak termasuk Jepun) akan dihadkan kepada tidak lebih daripada 20% NAB Dana.

Kami mempunyai pilihan untuk mengambil kedudukan bertahan sementara yang mungkin tidak konsisten dengan strategi utama dan peruntukan aset Dana untuk melindungi Dana daripada keadaan negatif yang mungkin menjejaskan pasaran kewangan. Untuk menampung risiko Dana, kami boleh mengalihkan tumpuan dan pendedahan Dana kepada pelaburan berisiko lebih rendah seperti deposit atau instrumen pasaran wang.

Dana boleh melabur dalam derivatif untuk tujuan lindung nilai sahaja dengan menggunakan instrumen kontrak hadapan dan swap mata wang silang. Kontrak mata wang asing membolehkan Dana memperdagangkan mata wang pada kadar tukaran tertentu, pada masa tertentu dan dalam jumlah tertentu seperti yang dinyatakan dalam kontrak. Swap mata wang silang membolehkan Dana menukarkan kadar tukaran asing dan/atau pendedahan kadar faedah antara dua mata wang. Derivatif ini boleh digunakan untuk melindung nilai wang pokok dan/atau pulangan pelaburan yang disebut harga dalam mata wang asing kembali kepada MYR. Penggunaan derivatif di bawah keadaan ini dijangka mengurangkan kesan pergerakan mata wang asing terhadap NAB Dana. Walaupun strategi lindung nilai akan membantu mengurangkan potensi kerugian tukaran asing oleh Dana, sebarang potensi keuntungan tukaran asing daripada strategi lindung nilai juga adalah terhad.

**Maklumat dana di atas adalah terjemahan daripada Prospektus versi Bahasa Inggeris. Jika terdapat sebarang perbezaan kandungan, Prospektus versi Bahasa Inggeris dianggap muktamad.

Caj Jualan Seunit Sehingga 5.50% daripada NAB Seunit Dana.
*Pelabur boleh merundingkan caj lebih rendah.
Caj Jualan bagi pelabur yang membeli Unit menerusi EMIS adalah terhad kepada caj maksimum 3% daripada NAB Seunit atau seperti yang ditentukan oleh KWSP.
Yuran Pengurusan
Tahunan
Sehingga 1.85% setahun daripada NAB Dana.
Yuran Pemegang
Amanah / Yuran
Penyimpan
Sehingga 0.06% setahun daripada NAB Dana (tidak termasuk yuran dan caj penyimpan asing).
Yuran Pindahan Tiada
Yuran Pertukaran Tiada
Yuran Prestasi
dan Nilai Rintangan
Tidak Berkenaan
Caj Belian Balik Tiada
Prospektus Dana ​Affin Hwang Select Asia Pacific (ex Japan) Dividend
Risalah Maklumat Dana Affin Hwang Select Asia Pacific (ex Japan) Dividend
Risalah Fakta Dana Affin Hwang Select Asia Pacific (ex Japan) Dividend
Laporan Interim Dana Affin Hwang Select Asia Pacific (ex Japan) Dividend
Laporan Tahunan Dana Affin Hwang Select Asia Pacific (ex Japan) Dividend

Tarikh Pelancaran 8 Disember 2014

Kelas
Aset

Ekuiti

Minimum 70% Ekuiti

Maksimum 30% Pendapatan Tetap

Saiz Dana pada
29 Mac 2019

RM 65.1 juta

Nilai Asset Bersih pada

RM

Pelaburan Awal
Minimum
RM200
Pelaburan Tambahan
Minimum
RM100