Tarikh Pelancaran 28 Jun 2011

Kelas
Aset

Ekuiti

Minimum 70% Ekuiti
Maksimum 30% Pendapatan Tetap

Saiz Dana pada
29 Mac 2019

RM 65.1 juta

Nilai Asset Bersih pada

RM

Pelaburan Awal Minimum Pelaburan Tambahan Minimum
RM200 RM100

Untuk memberi peluang kepada pelabur menyertai pasaran ekuiti Malaysia, Dana akan melabur dalam portfolio syarikat tersenarai dengan potensi pertumbuhan dalam jangka pertengahan hingga panjang. Dana ini dirangka sebagai sebuah dana terbuka dengan memberi tumpuan kepada pelaburan ekuiti dan instrumen berkaitan ekuiti. Peruntukan minimum 70% NAB Dana dilaburkan dalam syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia. Baki NAB Dana boleh dilaburkan dalam instrumen pendapatan tetap yang termasuk instrumen pasaran wang dan deposit tetap sambil menantikan peluang dalam pasaran ekuiti.

Pelaburan dalam instrumen pendapatan tetap akan dibuat terutamanya dalam keadaan pasaran kurang baik untuk mengurangkan risiko Dana. Pemilihan instrumen pendapatan tetap ini bergantung pada proses pemilihan kredit dalaman. Proses akan memberi tumpuan terhadap keupayaan pengeluar untuk memenuhi kewajipan kewangan dan menawarkan keselamatan paling tinggi untuk pembayaran faedah dan wang pokok yang tepat pada masanya.

Pengurus boleh melabur dalam skim pelaburan bersama yang mempunyai objektif pelaburan sama dengan objektif pelaburan Dana.

Untuk mencapai matlamatnya, Dana juga akan mempertimbangkan pelaburan dalam instrumen berkaitan ekuiti seperti hak dan waran, dan juga sekuriti tidak tersenarai seperti bon tidak tersenarai dan Tawaran Awam Awal (IPO). Dana boleh melabur sehingga 20% daripada NAB di negara-negara di mana pihak berkuasa kawal selia merupakan ahli biasa atau ahli bersekutu Pertubuhan Suruhanhaya Sekuriti Antarabangsa (IOSCO).

Perdagangan derivatif boleh dilakukan untuk tujuan melindung nilai, menerusi instrumen kewangan yang termasuk, tetapi tidak terhad kepada kontrak hadapan, niaga hadapan dan swap. Kontrak hadapan dan niaga hadapan umumnya adalah kontrak antara dua pihak untuk memperdagangkan aset pada harga yang dipersetujui pada tarikh masa depan yang telah ditentukan. Swap, pula adalah perjanjian untuk menukarkan atau bertukar-tukar dua instrumen kewangan antara dua pihak.

Pengurus boleh mengambil kedudukan bertahan sementara yang mungkin tidak konsisten dengan strategi utama Dana dengan meningkatkan tahap tunai atau menambah peratus peruntukan aset Dana dalam instrumen pendapatan tetap, untuk bertindak balas kepada keadaan pelaburan kurang baik yang mungkin menjejaskan pasaran kewangan

Dari segi dasar perdagangan Dana, Pengurus akan mengekalkan pegangan teras Dana, dengan matlamat memegangnya untuk jangka pertengahan hingga panjang. Kaedah ini sama dengan pendekatan beli dan pegang. Dalam pada itu, Pengurus juga mungkin mengambil kesempatan daripada keadaan pasaran semasa untuk berdagang dalam sekuriti apabila peluang timbul bagi membantu Dana mencapai matlamatnya.

**Maklumat dana di atas adalah terjemahan daripada Prospektus versi Bahasa Inggeris. Jika terdapat sebarang perbezaan kandungan, Prospektus versi Bahasa Inggeris dianggap muktamad.

Caj Jualan Seunit Sehingga 5.50% daripada NAB Seunit.
*Pelabur boleh merundingkan caj lebih rendah.
Caj Jualan bagi pelabur yang membeli Unit menerusi EMIS adalah terhad kepada caj maksimum 3.0% daripada NAB Seunit atau seperti yang ditentukan oleh KWSP.
Yuran Pengurusan
Tahunan
Sehingga 1.50% setahun daripada NAB Dana.
Yuran Pemegang
Amanah / Yuran
Penyimpan
Sehingga 0.08% setahun daripada NAB, tertakluk kepada minimum RM18,000 setahun (tidak termasuk yuran dan caj penyimpan asing).
Yuran Pindahan Sehingga 0.08% setahun daripada NAB dana, terakluk kepada minimum RM18,000 setahun (tidak termasuk yuran dan caj penyimpan asing).
Yuran Pertukaran Tiada
Yuran Prestasi
dan Nilai Rintangan
Tidak Berkenaan
Caj Belian Balik Tiada
Prospektus Dana Affin Hwang Growth
Risalah Maklumat Dana Affin Hwang Growth
Risalah Fakta Dana Affin Hwang Growth
Laporan Interim Dana Affin Hwang Growth
Laporan Tahunan Dana Affin Hwang Growth

Tarikh Pelancaran 28 Jun 2011

Kelas
Aset

Ekuiti

Minimum 70% Ekuiti

Maksimum 30% Pendapatan Tetap

Saiz Dana pada
29 Mac 2019

RM 65.1 juta

Nilai Asset Bersih pada

RM

Pelaburan Awal
Minimum
RM200
Pelaburan Tambahan
Minimum
RM100

Untuk memberi peluang kepada pelabur menyertai pasaran ekuiti Malaysia, Dana akan melabur dalam portfolio syarikat tersenarai dengan potensi pertumbuhan dalam jangka pertengahan hingga panjang. Dana ini dirangka sebagai sebuah dana terbuka dengan memberi tumpuan kepada pelaburan ekuiti dan instrumen berkaitan ekuiti. Peruntukan minimum 70% NAB Dana dilaburkan dalam syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia. Baki NAB Dana boleh dilaburkan dalam instrumen pendapatan tetap yang termasuk instrumen pasaran wang dan deposit tetap sambil menantikan peluang dalam pasaran ekuiti.

Pelaburan dalam instrumen pendapatan tetap akan dibuat terutamanya dalam keadaan pasaran kurang baik untuk mengurangkan risiko Dana. Pemilihan instrumen pendapatan tetap ini bergantung pada proses pemilihan kredit dalaman. Proses akan memberi tumpuan terhadap keupayaan pengeluar untuk memenuhi kewajipan kewangan dan menawarkan keselamatan paling tinggi untuk pembayaran faedah dan wang pokok yang tepat pada masanya.

Pengurus boleh melabur dalam skim pelaburan bersama yang mempunyai objektif pelaburan sama dengan objektif pelaburan Dana.

Untuk mencapai matlamatnya, Dana juga akan mempertimbangkan pelaburan dalam instrumen berkaitan ekuiti seperti hak dan waran, dan juga sekuriti tidak tersenarai seperti bon tidak tersenarai dan Tawaran Awam Awal (IPO). Dana boleh melabur sehingga 20% daripada NAB di negara-negara di mana pihak berkuasa kawal selia merupakan ahli biasa atau ahli bersekutu Pertubuhan Suruhanhaya Sekuriti Antarabangsa (IOSCO).

Perdagangan derivatif boleh dilakukan untuk tujuan melindung nilai, menerusi instrumen kewangan yang termasuk, tetapi tidak terhad kepada kontrak hadapan, niaga hadapan dan swap. Kontrak hadapan dan niaga hadapan umumnya ialah kontrak antara dua pihak untuk memperdagangkan aset pada harga yang dipersetujui pada tarikh masa depan yang telah ditentukan. Swap, pula ialah perjanjian untuk menukarkan atau bertukar-tukar dua instrumen kewangan antara dua pihak.

Pengurus boleh mengambil kedudukan bertahan sementara yang mungkin tidak konsisten dengan strategi utama Dana dengan meningkatkan tahap tunai atau menambah peratus peruntukan aset Dana dalam instrumen pendapatan tetap, untuk bertindak balas kepada keadaan pelaburan kurang baik yang mungkin menjejaskan pasaran kewangan

Dari segi dasar perdagangan Dana, Pengurus akan mengekalkan pegangan teras Dana, dengan matlamat memegangnya untuk jangka pertengahan hingga panjang. Kaedah ini sama dengan pendekatan beli dan pegang. Dalam pada itu, Pengurus juga mungkin mengambil kesempatan daripada keadaan pasaran semasa untuk berdagang dalam sekuriti apabila peluang timbul bagi membantu Dana mencapai matlamatnya.

**Maklumat dana di atas adalah terjemahan daripada Prospektus versi Bahasa Inggeris. Jika terdapat sebarang perbezaan kandungan, Prospektus versi Bahasa Inggeris dianggap muktamad.

Caj Jualan Seunit Sehingga 5.50% daripada NAB Seunit.
*Pelabur boleh merundingkan caj lebih rendah.
Caj Jualan bagi pelabur yang membeli Unit menerusi EMIS adalah terhad kepada caj maksimum 3.0% daripada NAB Seunit atau seperti yang ditentukan oleh KWSP.
Yuran Pengurusan
Tahunan
Sehingga 1.50% setahun daripada NAB Dana.
Yuran Pemegang
Amanah / Yuran
Penyimpan
Sehingga 0.08% setahun daripada NAB, tertakluk kepada minimum RM18,000 setahun (tidak termasuk yuran dan caj penyimpan asing).
Yuran Pindahan Sehingga 0.08% setahun daripada NAB dana, terakluk kepada minimum RM18,000 setahun.