Tarikh Pelancaran 29 April 1993
Kelas
Aset
Ekuiti
Minimum 70% Ekuiti
Maksimum 30% Pendapatan Tetap
Saiz Dana pada
29 Mac 2019
RM 65.1 juta
Nilai Asset Bersih pada
RM
Pelaburan Awal Minimum | Pelaburan Tambahan Minimum |
---|---|
RM200 | RM100 |
Dana ini berusaha memaksimumkan jumlah pulangan kepada pelabur dengan kombinasi pendapatan dan peningkatan modal menerusi pelaburan dalam ekuiti dan instrumen berkaitan ekuiti yang tersenarai di Bursa Malaysia, dan instrumen pendapatan tetap.
Walaupun tumpuan utama Dana adalah memberi pelabur pendedahan kepada ekuiti dan instrumen berkaitan ekuiti, Dana juga boleh melabur dalam instrumen pendapatan tetap dalam keadaan pasaran kurang baik untuk mengurangkan risiko Dana. Pemilihan instrumen pendapatan tetap ini bergantung pada proses penilaian kredit dalaman. Proses ini akan tertumpu kepada keupayaan pengeluar untuk memenuhi kewajipan kewangan, dan menawarkan tahap keselamatan tertinggi untuk membuat pembayaran faedah dan wang pokok yang tepat pada masanya.
Pengurus boleh melabur dalam skim pelaburan bersama yang mempunyai objektif yang sama dengan Dana.
Untuk mencapai matlamatnya, Dana juga akan mempertimbangkan pelaburan dalam instrumen berkaitan ekuiti seperti terbitan hak dan waran, dan juga sekuriti tidak tersenarai seperti bon tidak tersenarai dan Tawaran Awam Awal (IPO). Dana boleh melabur sehingga 20% daripada NAB di negara-negara di mana pihak berkuasa kawal selia merupakan ahli biasa dan bersekutu Pertubuhan Suruhanjaya Sekuriti Antarabangsa (IOSCO). Dalam pemilihan pelaburan, penekanan diberikan kepada aspek asas, teknikal dan kuantitatif.
Dana berusaha mencapai matlamatnya untuk memberi pelabur pendedahan kepada pasaran ekuiti. Bagaimanapun, Dana boleh meningkatkan pendedahan kepada instrumen pendapatan tetap sehingga maksimum 30% sekiranya Pengurus mendapati pasaran ekuiti terlalu tidak stabil. Instrumen pendapatan tetap lazimnya mempunyai risiko lebih rendah berbanding ekuiti, justeru peningkatan pelaburan dalam instrumen pendapatan tetap dilakukan dengan matlamat untuk mengurangkan profil risiko Dana.
Pengurus boleh mengambil kedudukan bertahan sementara yang mungkin tidak konsisten dengan strategi utama Dana dengan meningkatkan tahap tunai atau menambah peratus peruntukan aset Dana dalam instrumen pendapatan tetap, untuk bertindak balas kepada keadaan pelaburan kurang baik yang mungkin menjejaskan pasaran kewangan.
Dari segi dasar perdagangan Dana, Pengurus akan mengekalkan pegangan teras Dana, dengan matlamat memegangnya untuk jangka pertengahan hingga panjang. Kaedah ini sama dengan pendekatan beli dan pegang. Dalam pada itu, Pengurus juga mungkin mengambil kesempatan daripada keadaan pasaran semasa untuk berdagang dalam sekuriti apabila peluang timbul bagi membantu Dana mencapai matlamatnya.
**Maklumat dana di atas adalah terjemahan daripada Prospektus versi Bahasa Inggeris. Jika terdapat sebarang perbezaan kandungan, Prospektus versi Bahasa Inggeris dianggap muktamad.
Caj Jualan Seunit | Sehingga 5.50% daripada NAB seunit. *Pelabur boleh merundingkan caj lebih rendah. Caj Jualan bagi pelabur yang membeli Unit menerusi EMIS adalah terhad kepada caj maksimum 3% daripada NAB seunit atau seperti ditentukan oleh KWSP. |
Yuran Pengurusan Tahunan |
Sehingga 1.50% setahun daripada NAB Dana. |
Yuran Pemegang Amanah / Yuran Penyimpan |
Sehingga 0.08% setahun daripada NAB, tertakluk kepada minimum RM18,000 setahun (tidak termasuk yuran dan caj penyimpan asing). |
Yuran Pindahan | RM 5.00 setiap pindahan |
Yuran Pertukaran | Tiada |
Yuran Prestasi dan Nilai Rintangan |
Tidak Berkenaan |
Caj Belian Balik | Tiada |
Tarikh Pelancaran 29 April 1993
Kelas
Aset
Ekuiti
Minimum 70% Ekuiti
Maksimum 30% Pendapatan Tetap
Saiz Dana pada
29 Mac 2019
RM 65.1 juta
Nilai Asset Bersih pada
RM
Pelaburan Awal Minimum |
RM200 |
Pelaburan Tambahan Minimum |
RM100 |