Tarikh Pelancaran 12 Disember 2001

Kelas
Aset

Dana Bon

Minimum 70% Bon
Maksimum 30% Deposit Tetap

Saiz Dana pada
29 Mac 2019

RM 65.1 juta

Nilai Asset Bersih pada

RM

Pelaburan Awal Minimum Pelaburan Tambahan Minimum
RM200 RM100

Dana memberi tumpuan mencapai matlamat dengan melaburkan jumlah minimum 70% daripada NAB Dana dalam bon, dan maksimum 30% daripada NAB Dana dalam instrumen pasaran wang dan/atau deposit tetap.

Pelaburan Dana dalam bon terdiri daripada bon kerajaan dan korporat. Pemilihan bon tidak dibatasi oleh penarafan kredit terbitan. Bagaimanapun, pemilihan bergantung terutamanya pada kualiti di mana pengeluar yang berkenaan perlu menunjukkan keupayaan kukuh untuk memenuhi kewajipan kewangan masing-masing, mempunyai aliran tunai mantap, dengan jenis dan nilai cagaran yang sesuai, keutamaan tuntutan dan tahap keselamatan tertinggi bagi pembayaran faedah dan wang pokok yang tepat pada masanya.

Walaupun kami lazimnya melaksanakan dasar perdagangan aktif, kami berusaha mengekalkan pegangan teras untuk jangka pertengahan hingga jangka panjang. Kaedah ini sama dengan strategi beli dan pegang. Kami juga akan mengekalkan bahagian perdagangan portfolio, yang kami gunakan untuk memanfaatkan peluang pelaburan yang mengambil kesempatan daripada keadaan pasaran semasa, dengan matlamat mengukuhkan prestasi Dana.

Untuk mencapai matlamatnya, Dana juga mempunyai fleksibiliti untuk melabur dalam skim pelaburan bersama yang mempunyai matlamat serupa dengan Dana.

Kami mempunyai pilihan untuk mengambil kedudukan bertahan sementara yang mungkin tidak konsisten dengan strategi dan peruntukan aset utama Dana untuk melindungi Dana daripada keadaan pasaran negatif yang mungkin menjejaskan pasaran kewangan. Untuk mengehadkan risiko Dana, kami boleh memindahkan aset Dana buat sementara waktu ke dalam instrumen pasaran wang dan/atau deposit tetap.

**Maklumat dana di atas adalah terjemahan daripada Prospektus versi Bahasa Inggeris. Jika terdapat sebarang perbezaan kandungan, Prospektus versi Bahasa Inggeris dianggap muktamad.

Caj Jualan Seunit Sehingga 1.00% daripada NAB Seunit.
*Pelabur boleh merundingkan caj lebih rendah.
Caj Jualan bagi pelabur yang membeli Unit menerusi EMIS adalah terhad kepada caj maksimum 3% daripada NAB Seunit atau seperti yang ditentukan oleh KWSP.
Yuran Pengurusan
Tahunan
Sehingga 1.00% setahun daripada NAB Dana.
Yuran Pemegang
Amanah / Yuran
Penyimpan
Sehingga 0.08% setahun daripada NAB Dana.
Yuran Pindahan RM 5.00 setiap pindahan
Yuran Pertukaran Tiada
Yuran Prestasi
dan Nilai Rintangan
Tidak Berkenaan
Caj Belian Balik Tiada
Prospektus Dana Affin Hwang Bond
Risalah Maklumat Dana Affin Hwang Bond
Risalah Fakta Dana Affin Hwang Bond
Laporan Interim Dana Affin Hwang Bond
Laporan Tahunan Dana Affin Hwang Bond

Tarikh Pelancaran 12 Disember 2001

Kelas
Aset

Dana Bon

Minimum 70% Bon

Maksimum 30% Deposit Tetap

Saiz Dana pada
29 Mac 2019

RM 65.1 juta

Nilai Asset Bersih pada

RM

Pelaburan Awal
Minimum
RM200
Pelaburan Tambahan
Minimum
RM100