Tarikh Pelancaran 1 Ogos 2007
Kelas
Aset
Dana Ekuiti Islam
Minimum 70% Ekuiti Patuh Shariah
Maksimum 30% Pendapatan
Tetap Patuh Shariah
Saiz Dana pada
29 Mac 2019
RM 65.1 juta
Nilai Asset Bersih pada
RM
Pelaburan Awal Minimum | Pelaburan Tambahan Minimum |
---|---|
RM200 | RM100 |
Dana akan melabur sekurang-kurangnya 70% daripada NAB dalam ekuiti patuh Syariah (saham patuh Syariah berasaskan pertumbuhan dan pendapatan) dan instrumen berkaitan ekuiti patuh Syariah dengan tumpuan kepada pelaburan yang mencatatkan pertumbuhan pendapatan lebih tinggi daripada purata, mempunyai daya saing yang lebih tinggi dan berpotensi mencatatkan pulangan kukuh.
Dana mengguna pakai pendekatan dari atas ke bawah yang bermula dengan penilaian ekonomi tempatan dan pasaran kewangan dalam konteks senario ekonomi dan aliran modal global. Pemilihan ekuiti patuh Syariah dan instrumen berkaitan ekuiti patuh Syariah dilaksanakan selepas kami melakukan analisis terhadap tinjauan ekonomi tempatan secara menyeluruh dan setiap sektor secara berasingan dalam ekonomi dan syarikat-syarikat dalam setiap sektor.
Dana mungkin memperuntukkan sehingga 30% daripada NAB yang dilaburkan dalam Sukuk, instrumen pasaran wang Islam dan/atau deposit Islam dengan penekanan diberikan terhadap pengeluar dengan tahap kelayakan kredit tinggi. Dana juga boleh melabur dalam skim pelaburan kolektif Islam yang mempunyai objektif pelaburan serupa dengan Dana.
Dana boleh melabur sehingga 20% daripada NAB di negara-negara di mana pihak berkuasa kawal selia merupakan ahli biasa atau ahli sekutu Pertubuhan Suruhanjaya Sekuriti Antarabangsa (IOSCO).
Pengurus boleh mengambil kedudukan bertahan buat sementara, yang mungkin tidak konsisten dengan strategi utama dan peruntukan aset Dana untuk melindungi Dana daripada keadaan pasaran kurang baik yang mungkin menjejaskan pasaran kewangan. Untuk menguruskan risiko Dana, kami mungkin menukarkan tumpuan dan pendedahan Dana kepada instrumen risiko lebih rendah seperti Sukuk dan instrumen pasaran wang Islam dan/atau deposit Islam, atau dengan memegang tunai.
Dana diuruskan secara aktif dan kekerapan perdagangan sekuriti bergantung kepada peluang pasaran.
**Maklumat dana di atas adalah terjemahan daripada Prospektus versi Bahasa Inggeris. Jika terdapat sebarang perbezaan kandungan, Prospektus versi Bahasa Inggeris dianggap muktamad.
Caj Jualan Seunit | Sehingga 5.50% daripada NAB Seunit Dana. *Pelabur boleh merundingkan caj lebih rendah. Caj Jualan bagi pelabur yang membeli Unit menerusi EMIS terhad kepada caj maksimum 3% daripada NAB Seunit atau seperti yang ditentukan oleh KWSP. |
Yuran Pengurusan Tahunan |
Sehingga 1.50% setahun daripada NAB Dana. |
Yuran Pemegang Amanah / Yuran Penyimpan |
Sehingga 0.08% setahun daripada NAB, tertakluk kepada minimum RM18,000 setahun (tidak termasuk yuran dan caj penyimpan asing). |
Yuran Pindahan | Tidak Berkenaan |
Yuran Pertukaran | Tidak Berkenaan |
Yuran Prestasi dan Nilai Rintangan |
Tidak Berkenaan |
Caj Belian Balik | Tidak Berkenaan |
Tarikh Pelancaran 1 Ogos 2007
Kelas
Aset
Dana Ekuiti Islam
Minimum 70% Ekuiti Patuh Shariah
Maksimum 30% Pendapatan
Tetap Patuh Shariah
Saiz Dana pada
29 Mac 2019
RM 65.1 juta
Nilai Asset Bersih pada
RM
Pelaburan Awal Minimum |
RM200 |
Pelaburan Tambahan Minimum |
RM100 |
Dana ini dirangka sebagai sebuah dana terbuka dengan peruntukan sasaran sehingga 99.8% untuk dilaburkan dalam ekuiti patuh Shariah dan instrumen berkaitan ekuiti patuh Shariah, dan maksimum 30% dilaburkan dalam Sukuk dan instrumen pasaran wang Islam. Pemilihan pelaburan ekuiti patuh Shariah Dana adalah berasaskan ekuiti yang berada dalam senarai sekuriti patuh Shariah terbitan SACSC.
Pengurus boleh melabur dalam skim pelaburan bersama patuh Shariah yang mempunyai objektif pelaburan sama seperti objektif pelaburan Dana. Untuk mencapai objektifnya, Dana juga akan mempertimbangkan pelaburan dalam instrumen berkaitan ekuiti patuh Shariah seperti terbitan hak dan waran patuh Shariah, dan juga sekuriti tidak tersenarai. Dana boleh melabur sehingga 20% daripada NAB di negara-negara di mana pihak berkuasa kawal selia merupakan ahli biasa atau ahli bersekutu Pertubuhan Suruhanjaya Sekuriti Antarabangsa. (IOSCO).
Pengurus boleh mengambil kedudukan bertahan sementara yang mungkin tidak konsisten dengan strategi utama Dana dengan meningkatkan tahap tunai atau menambah peratus peruntukan aset Dana dalam Sukuk atau pasaran wang Islam, sebagai tindak balas kepada keadaan pelaburan kurang baik yang mungkin menjejaskan pasaran kewangan.
Dari segi dasar perdagangan Dana, Pengurus akan mengekalkan pegangan teras Dana, dengan matlamat memegangnya untuk jangka pertengahan hingga panjang. Kaedah ini sama dengan pendekatan beli dan pegang. Dalam pada itu, sekiranya timbul peluang yang sangat meyakinkan, Pengurus akan membeli di pasaran untuk memanfaatkan potensi pergerakan pasaran demi mencapai objektif Dana.
**Maklumat dana di atas adalah terjemahan daripada Prospektus versi Bahasa Inggeris. Jika terdapat sebarang perbezaan kandungan, Prospektus versi Bahasa Inggeris dianggap muktamad.
Caj Jualan Seunit | Sehingga 5.50% daripada NAB Seunit Dana. *Pelabur boleh merundingkan caj lebih rendah. Caj Jualan bagi pelabur yang membeli Unit menerusi EMIS terhad kepada caj maksimum 3% daripada NAB Seunit atau seperti yang ditentukan oleh KWSP. |
Yuran Pengurusan Tahunan |
Sehingga 1.50% setahun daripada NAB Dana. |
Yuran Pemegang Amanah / Yuran Penyimpan |
Sehingga 0.08% setahun daripada NAB, tertakluk kepada minimum RM18,000 setahun (tidak termasuk yuran dan caj penyimpan asing). |
Yuran Pindahan | RM 5.00 setiap pindahan |
Yuran Pertukaran | Tiada |
Yuran Prestasi dan Nilai Rintangan |
Tidak Berkenaan |
Caj Belian Balik | Tiada |