Tarikh Pelancaran 29 April 1993
Kelas
Aset
Ekuiti
Minimum 70% Ekuiti
Maksimum 30% Pendapatan Tetap
Saiz Dana pada
29 Mac 2019
RM 65.1 juta
Nilai Asset Bersih pada
RM
Pelaburan Awal Minimum | Pelaburan Tambahan Minimum |
---|---|
RM1000 | RM100 |
Dana ini memberi tumpuan mencapai objektifnya dengan melabur minimum 70% daripada NAB Dana dalam ekuiti patuh Shariah dan bakinya akan dilaburkan dalam instrumen pasaran wang Islam, deposit berlandaskan Shariah dan/atau dipegang dalam bentuk tunai.
Proses pemilihan pelaburan akan memberi tumpuan terhadap syarikat-syarikat yang mempunyai potensi pertumbuhan dalam jangka pertengahan hingga panjang. Justeru, kami akan mengguna pakai strategi pendekatan pelaburan atas ke bawah dan bawah ke atas yang mengenal pasti peluang pelaburan di pasaran semasa. Analisis asas juga akan dijalankan untuk menentukan daya tarikan idea pelaburan. Faktor penting yang berguna untuk mengenal pasti syarikat-syarikat tersebut termasuk pertumbuhan jualan dan keuntungan, kekuatan kewangan dan tahap hutang, pertumbuhan pendapatan masa depan yang dijangka, penilaian harga saham dan juga kualiti pengurusan.
Untuk mengekalkan tahap kecairan, Dana akan melabur dalam instrumen pasaran wang Islam dan/atau menyimpan dalam deposit berlandaskan Shariah dengan institusi kewangan. Dana juga mempunyai fleksibiliti untuk mendapatkan pendedahan kepada waran patuh Shariah dan juga skim pelaburan bersama patuh Shariah yang mempunyai objektif pelaburan sama seperti Dana.
Kami juga boleh mengambil kedudukan bertahan sementara yang mungkin tidak konsisten dengan strategi utama Dana, dan membuat peruntukan aset untuk melingdungi Dana daripada keadaan pasaran kurang baik. Untuk menampung risiko Dana, kami mungkin mengalihkan tumpuan Dana kepada pelaburan berisiko lebih rendah seperti instrumen pasaran wang Islam dan/atau deposit berasaskan Shariah.
Kami melaksanakan dasar perdagangan yang aktif di mana kami berusaha mengekalkan pelaburan teras yang dipegang untuk jangka pertengahan hingga panjang. Kaedah ini sama seperti strategi beli dan pegang. Kami juga mengekalkan bahagian perdagangan portfolio, yang kami gunakan untuk melabur dalam saham yang berpotensi memanfaatkan keadaan pasaran semasa dengan matlamat untuk meningkatkan prestasi Dana.
**Maklumat dana di atas adalah terjemahan daripada Prospektus versi Bahasa Inggeris. Jika terdapat sebarang perbezaan kandungan, Prospektus versi Bahasa Inggeris dianggap muktamad.
Caj Jualan Seunit |
*Pelabur boleh merundingkan caj lebih rendah. |
||||||||
Yuran Pengurusan Tahunan |
Sehingga 1.50% setahun daripada NAB Dana (sebelum tolakan Yuran Pengurusan dan Yuran Amanah). | ||||||||
Yuran Pemegang Amanah / Yuran Penyimpan |
Sehingga 0.07% daripada NAB Dana setahun, tertakluk kepada minimum RM 18,000 setahun (tidak termasuk yuran dan caj penyimpan asing). | ||||||||
Yuran Pindahan | RM 5.00 setiap pindahan | ||||||||
Yuran Pertukaran | Tiada | ||||||||
Yuran Prestasi dan Nilai Rintangan |
Tidak Berkenaan | ||||||||
Caj Belian Balik | Tiada |
Tarikh Pelancaran 29 April 1993
Kelas
Aset
Ekuiti
Minimum 70% Ekuiti
Maksimum 30% Pendapatan Tetap
Saiz Dana pada
29 Mac 2019
RM 65.1 juta
Nilai Asset Bersih pada
RM
Pelaburan Awal Minimum |
RM1000 |
Pelaburan Tambahan Minimum |
RM100 |
Dana ini memberi tumpuan mencapai objektifnya dengan melabur minimum 70% daripada NAB Dana dalam ekuiti patuh Shariah dan bakinya akan dilaburkan dalam instrumen pasaran wang Islam, deposit berlandaskan Shariah dan/atau dipegang dalam bentuk tunai.
Proses pemilihan pelaburan akan memberi tumpuan terhadap syarikat-syarikat yang mempunyai potensi pertumbuhan dalam jangka pertengahan hingga panjang. Justeru, kami akan mengguna pakai strategi pendekatan pelaburan atas ke bawah dan bawah ke atas yang mengenal pasti peluang pelaburan di pasaran semasa. Analisis asas juga akan dijalankan untuk menentukan daya tarikan idea pelaburan. Faktor penting yang berguna untuk mengenal pasti syarikat-syarikat tersebut termasuk pertumbuhan jualan dan keuntungan, kekuatan kewangan dan tahap hutang, pertumbuhan pendapatan masa depan yang dijangka, penilaian harga saham dan juga kualiti pengurusan.
Untuk mengekalkan tahap kecairan, Dana akan melabur dalam instrumen pasaran wang Islam dan/atau menyimpan dalam deposit berlandaskan Shariah dengan institusi kewangan. Dana juga mempunyai fleksibiliti untuk mendapatkan pendedahan kepada waran patuh Shariah dan juga skim pelaburan bersama patuh Shariah yang mempunyai objektif pelaburan sama seperti Dana.
Kami juga boleh mengambil kedudukan bertahan sementara yang mungkin tidak konsisten dengan strategi utama Dana, dan membuat peruntukan aset untuk melingdungi Dana daripada keadaan pasaran kurang baik. Untuk menampung risiko Dana, kami mungkin mengalihkan tumpuan Dana kepada pelaburan berisiko lebih rendah seperti instrumen pasaran wang Islam dan/atau deposit berasaskan Shariah.
Kami melaksanakan dasar perdagangan yang aktif di mana kami berusaha mengekalkan pelaburan teras yang dipegang untuk jangka pertengahan hingga panjang. Kaedah ini sama seperti strategi beli dan pegang. Kami juga mengekalkan bahagian perdagangan portfolio, yang kami gunakan untuk melabur dalam saham yang berpotensi memanfaatkan keadaan pasaran semasa dengan matlamat untuk meningkatkan prestasi Dana.
**Maklumat dana di atas adalah terjemahan daripada Prospektus versi Bahasa Inggeris. Jika terdapat sebarang perbezaan kandungan, Prospektus versi Bahasa Inggeris dianggap muktamad.
Caj Jualan Seunit |
Pengedar: IUTA
Caj Jualan Maksimum sebagai peratus NAB Seunit Dana*: 6.50%Pengedar: Saluran Pengedaran Dalaman AHAM Caj Jualan Maksimum sebagai peratus NAB Seunit Dana*: 5.50%Pengedar: Perunding unit amanah Caj Jualan Maksimum sebagai peratus NAB Seunit Dana*: 5.50% *Pelabur boleh merundingkan caj lebih rendah. |
Yuran Pengurusan Tahunan |
Sehingga 1.50% setahun daripada NAB Dana (sebelum tolakan Yuran Pengurusan dan Yuran Amanah). |
Yuran Pemegang Amanah / Yuran Penyimpan |
Sehingga 0.07% daripada NAB Dana setahun, tertakluk kepada minimum RM 18,000 setahun (tidak termasuk yuran dan caj penyimpan asing). |
Yuran Pindahan | RM 5.00 setiap pindahan |
Yuran Pertukaran | Tiada |
Yuran Prestasi dan Nilai Rintangan |
Tidak Berkenaan |
Caj Belian Balik | Tiada |