Tarikh Pelancaran 14 Disember 2015
Kelas
Aset
Ekuiti
Minimum 70% Ekuiti
Maksimum 30% Pendapatan Tetap
Saiz Dana pada
29 Mac 2019
RM 65.1 juta
Nilai Asset Bersih pada
RM
Pelaburan Awal Minimum
Kelas RM | Kelas AUD | Kelas GBP | Kelas SGD | Kelas USD |
---|---|---|---|---|
RM 1000 | AUD 5,000 | GBP 5,000 | SGD 5,000 | USD 5,000 |
Pelaburan Tambahan Minimum
Kelas RM | Kelas AUD | Kelas GBP | Kelas SGD | Kelas USD |
---|---|---|---|---|
RM 100 | AUD 1,000 | GBP 1,000 | SGD 1,000 | USD 1,000 |
Unit Minimum Dipegang
Kelas RM | Kelas AUD | Kelas GBP | Kelas SGD | Kelas USD |
---|---|---|---|---|
2,000 Unit | 10,000 unit | 10,000 unit | 10,000 unit | 10,000 unit |
Dana akan memberi tumpuan mencapai objektifnya dengan melabur dalam portfolio terpelbagai yang terdiri daripada minimum 70% daripada NAB Dana dalam ekuiti patuh Shariah dan maksimum 30% daripada NAB Dana dalam instrumen pasaran wang Islam dan/atau deposit Islam.
Memandangkan Dana memberi tumpuan terhadap peluang pertumbuhan di rantau Asia (tidak termasuk Jepun), pelaburan Dana adalah terutamanya dalam ekuiti yang tersenarai atau dikeluarkan di pasaran Asia (tidak termasuk Jepun). Kedua, Dana juga mempunyai fleksibiliti untuk melabur sehingga maksimum 30% daripada NAB Dana dalam peluang di luar pasaran Asia (tidak termasuk Jepun) untuk memanfaatkan sektor dan/atau pasaran yang boleh mengambil kesempatan daripada prospek pertumbuhan rantau Asia (tidak termasuk Jepun).
Walaupun pegangan teras Dana adalah dalam ekuiti patuh Shariah, Dana mempunyai pilihan untuk melabur dalam instrumen pasaran wang Islam dan deposit Islam. Pemilihan bergantung terutamanya pada kualiti kredit di mana pengeluar yang berkenaan menunjukkan keupayaan kukuh memenuhi kewajipan kewangan masing-masing, mempunyai aliran tunai mantap, jenis dan nilai cagaran yang sesuai, keutamaan tuntutan dan juga menawarkan tahap keselamatan tertinggi bagi pembayaran faedah dan wang pokok tepat pada masanya. Untuk mencapai objektifnya, Dana juga mempunyai fleksibiliti untuk melabur dalam waran dan juga skim pelaburan bersama yang mempunyai objektif pelaburan sama seperti Dana.
Dana akan diuruskan secara aktif dan kami berusaha mengekalkan pegangan teras yang dipegang dalam jangka pertengahan hingga panjang. Kaedah ini sama seperti strategi beli dan pegang. Kami juga akan mengekalkan bahagian perdagangan bagi portfolio yang akan kami gunakan untuk mengambil kesempatan daripada peluang pelaburan yang boleh memanfaatkan keadaan pasaran sedia ada, dengan matlamat meningkatkan prestasi Dana.
Untuk mencapai objektifnya, Dana akan mengekalkan minimum 70% daripada NAB Dana dalam pelaburan yang tersenarai atau dikeluarkan di pasaran Asia (tidak termasuk Jepun). Dana mempunyai fleksibiliti untuk melabur sehingga 30% daripada NAB dalam pelaburan yang tersenarai atau dikeluarkan di pasaran asing di luar rantau Asia (tidak termasuk Jepun). Keputusan untuk melabur dalam pasaran asing adalah bergantung kepada peluang yang timbul, di mana kami akan berusaha membuat pelaburan yang berpotensi meningkatkan pulangan Dana. Dana akan melabur hanya di negara-negara di mana pihak berkuasa kawal selia merupakan ahli biasa atau ahli bersekutu IOSCO.
Dana boleh menggunakan derivatif patuh Shariah seperti swap mata wang silang Islam dan derivatif patuh Shariah lain yang diluluskan oleh Penasihat Shariah untuk tujuan lindung nilai. Instrumen ini boleh digunakan untuk melindungi nilai wang pokok dan/atau pulangan pelaburan yang disebut harga dalam mata wang asing kembali kepada Mata Wang Asas Dana. Walaupun strategi lindung nilai akan membantu mengurangkan kerugian tukaran asing oleh Dana, sebarang potensi keuntungan tukaran asing daripada strategi lindung nilai juga adalah terhad.
Penggunaan derivatif patuh Shariah di bawah keadaan ini dijangka mengurangkan kesan pergerakan mata wang terhadap NAB Dana.
Kami mempunyai pilihan untuk mengambil kedudukan bertahan sementara yang mungkin tidak konsisten dengan strategi utama dan peruntukan aset Dana untuk melindungi Dana daripada keadaan negatif yang mungkin menjejaskan pasaran kewangan. Untuk menampung risiko Dana, kami boleh mengalihkan tumpuan dan pendedahan Dana kepada pelaburan berisiko lebih rendah seperti instrumen pasaran wang Islam dan deposit Islam.
**Maklumat dana di atas adalah terjemahan daripada Prospektus versi Bahasa Inggeris. Jika terdapat sebarang perbezaan kandungan, Prospektus versi Bahasa Inggeris dianggap muktamad.
Caj Jualan Seunit | Sehingga 6.50% daripada Harga Tawaran Awal sesuatu Kelas dalam Tempoh Tawaran Awal, dan seterusnya, NAB Seunit bagi Kelas tersebut. Anda boleh merundingkan Caj Jualan lebih rendah. |
Yuran Pengurusan Tahunan |
Sehingga 1.50% setahun daripada NAB Dana. |
Yuran Pemegang Amanah / Yuran Penyimpan |
Sehingga 0.06% setahun daripada NAB Dana (tidak termasuk yuran dan caj penyimpan asing). |
Yuran Pindahan | Tiada |
Yuran Pertukaran | Tiada |
Yuran Prestasi dan Nilai Rintangan |
Tidak Berkenaan |
Caj Belian Balik | Tiada |
Tarikh Pelancaran 14 Disember 2015
Kelas
Aset
Ekuiti
Minimum 70% Ekuiti
Maksimum 30% Pendapatan Tetap
Saiz Dana pada
29 Mac 2019
RM 65.1 juta
Nilai Asset Bersih pada
RM
Pelaburan Awal Minimum
Kelas RM | RM 1000 |
Kelas AUD | AUD 5,000 |
Kelas GBP | GBP 5,000 |
Kelas SGD | SGD 5,000 |
Kelas USD | USD 5,000 |
Pelaburan Tambahan Minimum
Kelas RM | RM 100 |
Kelas AUD | AUD 1,000 |
Kelas GBP | GBP 1,000 |
Kelas SGD | SGD 1,000 |
Kelas USD | USD 1,000 |
Unit Minimum Dipegang
Kelas RM | 2,000 Unit |
Kelas AUD | 10,000 unit |
Kelas GBP | 10,000 unit |
Kelas SGD | 10,000 unit |
Kelas USD | 10,000 unit |
Dana akan memberi tumpuan mencapai objektifnya dengan melabur dalam portfolio terpelbagai yang terdiri daripada minimum 70% daripada NAB Dana dalam ekuiti patuh Shariah dan maksimum 30% daripada NAB Dana dalam instrumen pasaran wang Islam dan/atau deposit Islam.
Memandangkan Dana memberi tumpuan terhadap peluang pertumbuhan di rantau Asia (tidak termasuk Jepun), pelaburan Dana adalah terutamanya dalam ekuiti yang tersenarai atau dikeluarkan di pasaran Asia (tidak termasuk Jepun). Kedua, Dana juga mempunyai fleksibiliti untuk melabur sehingga maksimum 30% daripada NAB Dana dalam peluang di luar pasaran Asia (tidak termasuk Jepun) untuk memanfaatkan sektor dan/atau pasaran yang boleh mengambil kesempatan daripada prospek pertumbuhan rantau Asia (tidak termasuk Jepun).
Walaupun pegangan teras Dana adalah dalam ekuiti patuh Shariah, Dana mempunyai pilihan untuk melabur dalam instrumen pasaran wang Islam dan deposit Islam. Pemilihan bergantung terutamanya pada kualiti kredit di mana pengeluar yang berkenaan menunjukkan keupayaan kukuh memenuhi kewajipan kewangan masing-masing, mempunyai aliran tunai mantap, jenis dan nilai cagaran yang sesuai, keutamaan tuntutan dan juga menawarkan tahap keselamatan tertinggi bagi pembayaran faedah dan wang pokok tepat pada masanya. Untuk mencapai objektifnya, Dana juga mempunyai fleksibiliti untuk melabur dalam waran dan juga skim pelaburan bersama yang mempunyai objektif pelaburan sama seperti Dana.
Dana akan diuruskan secara aktif dan kami berusaha mengekalkan pegangan teras yang dipegang dalam jangka pertengahan hingga panjang. Kaedah ini sama seperti strategi beli dan pegang. Kami juga akan mengekalkan bahagian perdagangan bagi portfolio yang akan kami gunakan untuk mengambil kesempatan daripada peluang pelaburan yang boleh memanfaatkan keadaan pasaran sedia ada dengan matlamat meningkatkan prestasi Dana.
Untuk mencapai objektifnya, Dana akan mengekalkan minimum 70% daripada NAB Dana dalam pelaburan yang tersenarai atau dikeluarkan di pasaran Asia (tidak termasuk Jepun). Dana mempunyai fleksibiliti untuk melabur sehingga 30% daripada NAB dalam pelaburan yang dikeluarkan atau dikeluarkan di pasaran asing di luar rantau Asia (tidak termasuk Jepun). Keputusan untuk melabur dalam pasaran asing bergantung kepada peluang yang timbul, di mana kami akan berusaha membuat pelaburan yang berpotensi meningkatkan pulangan Dana. Dana akan melabur hanya di negara-negara di mana pihak berkuasa kawal selia merupakan ahli biasa atau ahli bersekutu IOSCO.
Dana boleh menggunakan derivatif patuh Shariah seperti swap mata wang silang Islam dan derivatif patuh Shariah lain yang diluluskan oleh Penasihat Shariah untuk tujuan lindung nilai. Instrumen ini boleh digunakan untuk melindungi nilai wang pokok dan/atau pulangan pelaburan yang disebut harga dalam mata wang asing kembali kepada Mata Wang Asas Dana. Walaupun strategi lindung nilai akan membantu mengurangkan kerugian tukaran asing oleh Dana, sebarang potensi keuntungan tukaran asing daripada strategi lindung nilai juga adalah terhad.
Penggunaan derivatif patuh Shariah di bawah keadaan ini dijangka mengurangkan kesan pergerakan mata wang terhadap NAB Dana.
Kami mempunyai pilihan untuk mengambil langkah bertahan sementara yang mungkin tidak konsisten dengan strategi utama dan peruntukan aset Dana untuk melindungi Dana daripada keadaan negatif yang mungkin menjejaskan pasaran kewangan. Untuk menampung risiko Dana, kami boleh mengalihkan tumpuan dan pendedahan Dana kepada pelaburan berisiko lebih rendah seperti instrumen pasaran wang Islam dan deposit Islam.
**Maklumat dana di atas adalah terjemahan daripada Prospektus versi Bahasa Inggeris. Jika terdapat sebarang perbezaan kandungan, Prospektus versi Bahasa Inggeris dianggap muktamad.
Caj Jualan Seunit | Sehingga 6.50% daripada Harga Tawaran Awal sesuatu Kelas dalam Tempoh Tawaran Awal, dan seterusnya, NAB Seunit bagi Kelas tersebut. Anda boleh merundingkan Caj Jualan lebih rendah. |
Yuran Pengurusan Tahunan |
Sehingga 1.50% setahun daripada NAB Dana. |
Yuran Pemegang Amanah / Yuran Penyimpan |
Sehingga 0.06% setahun daripada NAB Dana (tidak termasuk yuran dan caj penyimpan asing). |
Yuran Pindahan | Sifar |
Yuran Pertukaran | Sifar |
Yuran Prestasi dan Nilai Rintangan |
Sifar |
Caj Belian Balik | Sifar |