Cara Untuk Membuat Aduan

Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan atau tidak puas hati dengan perkhidmatan kami, anda boleh membuat aduan kepada kami melalui mana-mana satu daripada cara berikut:

  • Melalui laman web kami di sini,
  • Melalui surat ke Aras Bawah, Menara Boustead, 69 Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur
  • Melalui telefon di talian 1800-88-7080 atau +603-2116 6000 pada waktu kerja, dari 8.45 pagi – 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat,
  • Melalui e-mel ke [email protected],
  • Melalui Perunding Perkhidmatan Pelanggan kami.

Untuk membantu kami menyiasat aduan anda dengan cekap, kami akan meminta anda memberikan
maklumat berikut:

  • Nama anda dan butiran hubungan,
  • Nama orang yang berurusan dengan anda,
  • Bentuk aduan,
  • Butiran tentang sebarang langkah yang telah anda ambil untuk menyelesaikan aduan anda,
  • Butiran tentang sebarang perbualan anda dengan kami yang ada kaitan dengan aduan anda,
  • Salinan sebarang dokumen yang menyokong aduan anda.

Jika anda tidak puas hati dengan cara aduan anda dikendalikan, atau penyelesaian yang kami berikan, anda boleh membuat aduan kepada Persekutuan Pengurus-Pengurus Pelaburan Malaysia (“FIMM”), Pusat Penyelesaian Pertikaian Industri Sekuriti (“SIDREC”) atau Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (“SC”), untuk penilaian luar bebas:

1. Persekutuan Pengurus-Pengurus Pelaburan Malaysia

AlamatUndang-Undang, Kesetiausahaan & Hal Ehwal Kawal Selia
Persekutuan Pengurus-Pengurus Pelaburan Malaysia
19-06-1, Tingkat 6, Wisma Tune,
19, Lorong Dungun, Damansara Heights,
50490 Kuala Lumpur, Malaysia
Nombor Telefon+603-2092 3800 (Talian Terus ke Biro Aduan)
Nombor Faks+603-2093 2700
Alamat E-mel[email protected]
Laman Webhttp://www.fimm.com.my

Persekutuan Pengurus-Pengurus Pelaburan Malaysia (“FIMM”) diiktiraf oleh Suruhanjaya Sekuriti (“SC”) Malaysia sebagai sebuah organisasi swaatur. FIMM memainkan peranan untuk memastikan industri unit amanah terus berkembang maju, dan pada masa yang sama memastikan kepentingan pelabur dan orang ramai kekal sebagai keutamaannya. FIMM akan menjalankan penyiasatan yang sewajarnya terhadap sebarang aduan salah laku atau kegagalan mematuhi sebarang garis panduan atau peraturan oleh mana-mana Syarikat Pengurusan Unit Amanah (“UTMC”), Penasihat Unit Amanah Institusi (“IUTA”), Penasihat Unit Amanah Korporat (“CUTA”) atau Perunding Unit Amanah (“UTC”) yang dibawa kepada perhatian FIMM.

2. Pusat Penyelesaian Pertikaian Industri Sekuriti

AlamatUnit A-9-1, Tingkat 9, Menara A,
Menara UOA Bangsar
No. 5, Jalan Bangsar Utama 1,
59000 Kuala Lumpur, Malaysia
Nombor Telefon+603-2282 2280
Nombor Faks+603-2282 3855
Alamat E-mel[email protected]
Laman Webhttps://sidrec.com.my

Pusat Penyelesaian Pertikaian Industri Sekuriti (“SIDREC “) ialah badan korporat yang diluluskan di bawah Peraturan Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Penyelesaian Pertikaian) 2010. SIDREC merupakan badan korporat bebas yang ditubuhkan untuk menyelesaikan pertikaian kewangan tidak melebihi RM100,000 antara pelabur dan pengantara pasaran modal yang menjadi ahlinya seperti broker saham, broker derivatif, syarikat pengurusan unit amanah dan pengurus dana. SIDREC menyediakan saluran percuma, segera, menyenangkan dan cekap untuk merujukkan pertikaian bagi mendapatkan penyelesaian.

3. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

AlamatJabatan Hal Ehwal Pelabur & Pengaduan,
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
No. 3, Persiaran Bukit Kiara, Bukit Kiara,
50490 Kuala Lumpur, Malaysia
Nombor Telefon+603-6204 8999
Nombor Faks+603-6204 8991
Alamat E-mel[email protected]
Laman Webhttps://www.sc.com.my/

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (“SC”) ialah badan berkanun yang diamanahkan dengan tanggungjawab mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia secara sistematik. SC bertanggungjawab secara langsung untuk menyelia dan memantau aktiviti institusi pasaran dan mengawal selia semua orang yang dilesenkan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007. Jabatan Hal Ehwal Pelabur & Aduan SC menyiasat aduan tentang salah laku dan kesalahan lain dalam pasaran saham dan pasaran hadapan untuk menilai sama ada mereka mendedahkan kesalahan di bawah undang-undang sekuriti. Anda boleh membuat aduan kepada SC walaupun anda telah memulakan proses menyelesaikan pertikaian dengan SIDREC

Copyright © 2022 AHAM Capital | All Rights Reserved | Website Powered by Cleverus Web Design